Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media sempena pelancaran inisiatif infrastruktur digital pintar Smart Selangor di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan, Shah Alam pada 16 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Patuh arahan parti, Amirudin sedia tanding kerusi Gombak

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan keputusan untuk bertanding mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor yang juga wakil rakyat Sungai Tua, salah satu Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gombak, juga sedia jika dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen tersebut.

“Kemungkinan bagi saya itu macam-macam. Mungkin (bertanding) dan mungkin juga tidak tetapi yang pasti, kemungkinan untuk saya lompat parti itu tidak ada,” tegasnya.

Amirudin ditanya sama ada beliau mungkin bertanding kerusi yang pernah disandang pemimpin utama KEADILAN selepas majlis pelancaran inisiatif Infrastruktur Digital Pintar Smart Selangor (SDI) di Wisma Ehsan di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar juga menjelaskan beliau sebagai ahli parti yang setia perlu patuh sebarang keputusan pimpinan tertinggi parti.

“Saya berhasrat memastikan Selangor menyumbang kerusi untuk KEADILAN serta Pakatan Harapan (PAKATAN). Itu adalah strategi dan taktikal yang akan dibincangkan bila tiba masa yang sesuai,” katanya.


Pengarang :