Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad menyampaikan cek cura kepada pemenang pertandingan Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) peringkat negeri pada 8 April 2021. Foto Facebook Jais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Syamsul, Sofizah dinobat johan tilawah al-Quran Selangor

SHAH ALAM, 9 APRIL: Qari Syamsul Abu Hassan Alshaari dan qariah Sofizah Mousin dinobat sebagai johan pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) peringkat negeri semalam.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata tempat kedua dimenangi qari Abdul Najih Marwan dan qari Izzat Azizi Zainal (ketiga), manakala qariah Rosnani Mohmad (naib johan) dan qariah Kasmah Arshad (ketiga).

“Seramai tujuh qari dan empat qariah berentap bagi merebut gelaran johan sekali gus mewakili Selangor ke MTHQ peringkat kebangsaan pada 13 hingga 18 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Bagi kategori menghafaz al-Quran menyaksikan 30 huffaz yang masingmasing dengan lima hafiz dan lima hafizah bagi setiap kategori iaitu Tahap 1-10, Tahap 1-20 dan Tahap 1-30 memperdengarkan hafazan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Jais menambah kategori tilawah al-Quran diadili oleh 11 hakim manakala kategori menghafaz al-Quran melibatkan 17 hakim.

Katanya, majlis yang berlangsung pada 6 hingga 8 April di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diadakan dengan membudayakan norma baharu.

“Selaras dengan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan, majlis pada kali ini berlangsung dengan pematuhan garis panduan yang ketat dan jumlah penonton yang terhad.” katanya.


Pengarang :