BERITA UTAMARENCANA

ImuniSel bantu penduduk daftar vaksin

ImuniSel adalah program pendaftaran vaksin Covid-19 besar-besaran bagi membantu golongan yang tiada capaian telefon pintar atau masalah internet.

Mengikut Jabatan Perangkaan pada 2019, sekitar 37 peratus isi rumah di negeri ini tidak ada capaian kepada telefon pintar.

Justeru, pemimpin tempatan termasuk pegawai pejabat Dewan Undangan Negeri dan parlimen, ahli majlis, ketua kampung, ketua komuniti serta sukarelawan membantu mendaftarkan golongan tersebut

Masalah

– Hanya 44 peratus penduduk negeri mendaftar setakat 3 April
– 90 peratus warga emas belum daftar

Punca

– Tiada peranti sesuai
– Kurang pengetahuan menggunakan platform dalam talian
– Kebarangkalian tiada capaian internet

 

Sasaran

– Indidvidu yang menghadapi jurang digital ketika mahu mendaftar

 

LANGKAH-LANGKAH

– Sukarelawan

Bergerak ke seluruh negeri bagi mengumpul maklumat seterusnya membantu pendaftaran menerusi aplikasi ImuniSel

 

– Kios

Daftar di kios yang akan dibuka di pasar malam atau kedai serba guna terpilih

 

– Ketua masyarakat

Disampaikan secara peribadi kepada ahli

 

– Kad ImuniSel

Minta sesiapa yang ada telefon pintar untuk mengimbas kad ImuniSel ahli. Maklumat janji temu akan dipapar

 

– Talian hotline

Hubungi 03-5650 0501 atau 03-5650 0502 untuk temu janji

 

SUNTIKAN VAKSIN

Golongan sasaran hadir untuk menerima suntikan

 

Layari www.imunisel.my untuk maklumat lanjut


Pengarang :