Orang ramai beratur menunggu giliran untuk membuat saringan Covid-19 percuma di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 4 Jun 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 turun sedikit kepada 7,452

SHAH ALAM, 5 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini merekodkan 7,452 kes berbanding 7,748 semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebook memaklumkan angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan positif kini 610,574 kes.

Selangor kekal negeri tertinggi dengan 2,509 kes diikuti Negeri Sembilan (843), Kuala Lumpur (678), Sarawak (651) dan Johor (412).

Manakala Pulau Pinang mencatat 370 kes disusuli Kelantan (312), Pahang (286), Kedah (263), Sabah (259), Perak (252), Melaka (206), Labuan (205) dan Terengganu (190 kes).

Putrajaya serta Perlis pula dengan 12 dan empat kes.


Pengarang :