Pengasas Yayasan Foodbank Malaysia Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) memberi taklimat kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Mutiara Foodbank Pulau Pinang di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 31 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Kerajaan Negeri bakal guna formula operasi Mutiara Food Bank

GEORGETOWN,31 OGOS: Kerajaan Negeri bakal mengaplikasikan formula Mutiara Food Bank pada Program Food Bank Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata operasi Mutiara Food Bank merupakan inisiatif kerajaan Pulau Pinang itu kemas dengan menghimpunkan bekalan sumbangan, terdapat senarai dan jaringan peringkat akar umbi.

“Ini yang kita hendak lakukan di Kerajaan Negeri dan berharap formula dapat dilaksana dan digunakan walaupun mungkin ada sedikit perbezaan.

“Secara amnya kerangka lebih kurang sama. Kita akan cuba melatih pegawai-pegawai kita dan memastikan program Food Bank selari dengan Mutiara Food Bank,” katanya.

Amirudin ditemui selepas mengadakan lawatan Mutiara Food Bank di Kompleks Masyarakat Penyayang hari ini.

Pada 30 Oktober tahun lalu Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta untuk Program Food Bank Selangor yang dilaksanakan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Amirudin erkata langkah itu sebagai usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin bandar di Selangor.

Sementara itu pengasas Foodbank Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sedia menawar khidmat nasihat kepada kerajaan Selangor supaya Food Bank negeri ini lebih tersusun.

“Keadaan Selangor lebih kondusif kerana banyak pemain industri banyak seperti sektor pemborong, runcit dan perkilangan,” katanya.

 


Pengarang :