AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pertandingan pidato industri halal tawar hadiah wang tunai RM14,400

SHAH ALAM, 9 SEPT: Hadiah wang tunai RM14,400 menanti 20 pemenang pertandingan pidato anjuran Jawatankuasa Tetap Industri Halal Negeri Selangor yang bermula 25 September ini.

EXCO industri halal berkata pidato bertajuk Halalan Toyyiban: Memperkasa Ekonomi Ummah terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini dan mempunyai dua kategori pertandingan iaitu peringkat diploma serta ijazah sarjana muda.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan johan bagi setiap kategori akan memenangi RM3,000; tempat kedua RM2,000; tempat ketiga RM1,500 dan saguhati tempat keempat hingga 10 sebanyak RM100.

“Penyertaan dibuka kepada dua peserta bagi setiap kategori dari setiap IPTA / IPTS di Selangor sahaja.

“Tujuan diadakan pertandingan ini adalah sebagai salah satu aktiviti bagi pelajar untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka di samping dapat membuktikan kehebatan dan bakat terpendam pelajar,” katanya menerusi Faceboook.

Beliau berkata pendaftaran pertandingan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor dibuka sekarang sehingga sebelum 17 September ini.

Katanya, pertandingan akan bermula 25 September hingga 17 Oktober dan bagi mereka yang berminat boleh melengkapkan borang penyertaan di pautan https://forms.gle/JrjQWnG9PhhJrHq86

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 017-3353136 (Nurul).


Pengarang :