Orang ramai boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi di Zip Line Shah Alam disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Foto MBSA
PBTSELANGOR

Zip Line Shah Alam dibuka semula untuk aktiviti riadah Sabtu lalu

SHAH ALAM, 13 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka semula aktiviti Zip Line Shah Alam untuk tujuan riadah dah rekreasi mulai Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata kemudahan tersebut akan beroperasi bermula 10 pagi hingga 6.30 (Isnin – Jumaat) dan 8.30 pagi hingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad).

“Pengunjung yang menggunakannya hendaklah mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) seperti telah melengkapkan vaksinasi, pengamalan penjarakan fizikal, dan pematuhan kepada SOP am sektor sukan dan rekreasi.

“MBSA juga menasihatkan agar orang ramai dapat menggunakan kemudahan ini dengan bertanggungjawab serta mematuhi peraturan dan garis panduan bagi membantu mengawal jangkitan Covid-19,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Harga bayaran tiket adalah sebanyak RM20 bagi warga Shah Alam, RM10 kanak-kanak, RM20 pelajar (17 tahun dan ke bawah) untuk dua sesi, RM25 untuk tiket dewasa warga Malaysia dan RM40 bagi pelancong luar.

Zip Line Shah Alam adalah kemudahan bagi aktiviti ‘flying fox’ disediakan MBSA di Persiaran Tasik, Seksyen 14 di sini.


Pengarang :