Penyerahan Bakul Makanan Sime Darby kepada Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, Gombak pada 2 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor terima lebih 4,000 bakul makanan sumbangan Sime Darby

GOMBAK, 2 OKT: Kerajaan Selangor menerima 4,500 bakul makanan serta keperluan dapur dari Sime Darby Property Bhd hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan berupa barang makanan kering akan diagih kepada individu memerlukan sekitar Parlimen Gombak.

“Terima kasih kepada Sime Darby yang menjadi penyumbang terbesar. Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Kerajaan Negeri secara konsisten berikan lebih 2,000 bakul makanan di setiap DUN.

“Kali ini dengan sumbangan yang ada kita perbanyakkan sekitar Parlimen Gombak untuk membantu mereka yang memerlukan selain kawasan rukun tetangga serta pusat khidmat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan dan melancarkan skuad bencana DUN Gombak Setia hari ini.

Pada 9 Jun beliau mengumumkan bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 kepada semua Ahli Dewan Negeri.

Pakej bertemakan ‘Bersama-sama Menuju Kejayaan’ bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 23 Ogos turut mengingatkan semua wakil rakyat untuk turun padang mengesan penduduk yang memerlukan bantuan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah golongan ini perlu sentiasa dicari, bukan hanya ketika ingin mendapatkan undi sewaktu pilihan raya sahaja.


Pengarang :