Pengguna jalan raya di Persiaran Tuanku Ampuan, Shah Alam pada 19 Disember 2021, masih menunggu banjir surut bagi meneruskan perjalanan mereka ekoran tersangkut akibat banjir kilat yang melanda di beberapa tempat sekitar Lembah Klang sejak 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hampir 50 jalan raya di Selangor ditutup akibat banjir

SHAH ALAM, 19 DIS: Sebanyak 47 laluan jalan raya ditutup bagi kegunaan awam susulan banjir kilat di negeri ini.

Maklumat dikongsi Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini memaklumkan kesemua laluan terjejas itu melibat empat daerah iaitu Klang dengan 23 jalan raya, Petaling (15), Sepang (lapan) dan Hulu Langat (satu).

Berikut senarai laluan terlibat:

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter memaklumkan beberapa laluan utama lebuh raya ke Shah Alam yang masih ditutup dan meminta pengguna menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan.

Antaranya leuh raya terlibat ialah:

1. Lebuhraya ELITE dari Seafield ke Shah Alam dan laluan keluar mandatori diaktifkan melalui Persimpangan Seafield – KESAS.

2. Lebuhraya NKVE dari Setia Alam ke Shah Alam dan laluan keluar mandatori diaktifkan melalui Plaza tol Subang.

3. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) akibat banjir di KM 3.8 sehingga KM 4.4 dengan semua laluan ditutup untuk semua kenderaan.

4. Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dengan semua laluan di KM 33.40 arah barat ditutup sepenuhnya bagi semua kelas kenderaan manakala arah timur hanya kenderaan berat sahaja dibenarkan lalu di lorong kanan.


Pengarang :