Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 6 petang

SHAH ALAM, 17 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan berlaku melibatkan lima di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka meliputi hampir semua kawasan.

Manakala di Kedah membabitkan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tanah Merah dan Machang) serta Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Dungun).

Di Pahang pula Raub, Bentong, Maran, Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) selain Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan sama turut dijangka di Sarawak melibatkan Kuching (Bau), Sri Aman, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Kapit dan Belaga), Miri (Miri) dan Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahat Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :