Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Kota Anggerik anjur pesta catur Shah Alam, tawar hadiah RM6,000

SHAH ALAM, 18 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mempelawa orang ramai menyertai Pesta Catur Shah Alam 2022 yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM6,000.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata pertandingan berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan di Seksyen 13 di sini pada esok dan Ahad terbuka kepada semua bagi menyertai Cabaran Catur Kilat Piala Khalid dan Catur Rapid Terbuka Piala Najwan Halimi.

“Kita mengalu-alukan semua individu atau organisasi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Kita sasarkan peserta seramai 350 orang,” katanya kepada SelangorKini.

Cabaran Catur Kilat Piala Khalid Samad diadakan pada hari pertama menawarkan hadiah RM500 untuk johan, naib johan RM250, ketiga RM130, keempat RM100, kelima RM70 serta keenam hingga 10 masing-masing mendapat RM50.

Sementara johan Catur Rapid Terbuka Piala Najwan Halimi pula memperoleh RM1,000, naib johan RM500, ketiga RM250, keempat RM130, kelima RM100 serta RM60 setiap satu untuk keenam hingga 10.

Bagi kategori bawah 12 tahun johan menerima RM400, naib johan RM200, ketiga RM100, keempat RM80, kelima RM60 manakala keenam hingga 10 masing-masing RM50.

Turut ditawarkan hadiah kepada peserta terbaik Parlimen Shah Alam dan DUN Kota Anggerik termasuk kategori khas.

Maklumat lanjut dan individu berminat menyertainya diminta hubungi Omar (017-9797244) dan Syawal (017-2757276).


Pengarang :