AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal alami ribut petir petang ini

SHAH ALAM, 24 MAC: Empat daerah di negeri ini dan Kuala Lumpur dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook.

Menurut MetMalaysia Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah turut diramal berdepan cuaca yang sama.


Pengarang :