Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (kiri) menyampaikan cek cura RM15,000 kepada Presiden Kesatuan Ragbi Selangor, Syed Aldrin b Syed Ahmad Kabeer (kanan) sambil disaksikan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohamad Nizam Marjugi (tengah) selepas perlawanan akhir Liga Ragbi MSN Selangor-Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 19 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGORSUKANKINI

MBI peruntuk dana RM500,000 biayai aktiviti sukan

SERDANG, 19 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukan RM500,000 bagi membiayai pelbagai kegiatan sukan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata setakat ini sebanyak RM50,000 sudah diagihkan kepada beberapa persatuan sukan di negeri ini.

“Peruntukan ini adalah dalam bentuk tajaan atau bantuan dana bagi membiayai program atau apa sahaja aktiviti berkaitan sukan baik pada peringkat komuniti, kampung dan perumahan.

“Selain itu, kita turut memberi tajaan untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Kita ambil maklum dan sedia membantu,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada Presiden Kesatuan Ragbi Selangor, Syed Aldrin Syed Ahmad Kabeer di padang ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, petang tadi.

Ahmad Azri berkata pihak yang memerlukan sumbangan dan tajaan boleh mengunjungi MBI dengan membawa kertas kerja progam yang ingin diadakan.

“Kita terima semua permohonan tidak kira sama ada mereka mahu anjurkan pertandingan peringkat komuniti atau taman perumahan. Tidak kira program itu amatur atau ‘junior’ kita akan teliti semua permohonan,” katanya.


Pengarang :