Orang ramai membeli barang keperluan asas ketika Karnival Jualan Mega Prihatin di Dataran Batu Laut, Kuala Langat pada 28 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak penduduk Batang Kali dapatkan barangan asas murah esok

SHAH ALAM, 28 APRIL: Penduduk Batang Kali berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Mega Prihatin esok, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Facebook memaklumkan jualan besar-besaran sempena Aidilfitri berlangsung di tapak lapang bersebelahan Petronas Batang Kali, Hulu Selangor.

Beliau turut berkongsi infografik senarai barangan yang dijual pada program itu antaranya seekor ayam berharga RM12, daging (RM35 sekilogram), telur (RM10 sepapan/30 biji) dan ikan (RM8 sekilogram).

Jualan murah barangan asas secara besar-besaran bermula 25 April sehingga 2 Mei di 29 lokasi seluruh Selangor, lanjutan daripada Jualan Prihatin Rakyat yang dianjur sejak Februari lalu bagi meringankan beban penduduk.

Program itu turut menawarkan barangan seperti tulang lembu, minyak masak paket serta ikan selayang dan kembung (QFish).

Inisiatif itu dijalankan bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, PKPS, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).


Pengarang :