Datuk Bandar MBPJ Mohamad Azhan Md Azmir melawat serta menyampaikan sumbangan tunai dan barangan asas ketika Program Tautan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Desa Ria, Petaling Jaya pada 29 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ belanja RM100,000 anjur majlis berbuka, agih bantuan raya

PETALING JAYA, 30 APRIL: Sejumlah RM100,000 diperuntuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tahun ini untuk menjayakan program sepanjang Ramadan.

Program meliputi majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya yang menumpukan anak yatim dan golongan berpendapatan rendah, kata datuk bandarnya.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, kita bertanggungjawab supaya tiada golongan terpinggir dan bantuan disampaikan demi kesejahteraan penduduk,” kata Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau ditemui pada Program Tautan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri di di Taman Desaria hari ini.

Pada 29 Mac lalu, seramai 60 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan perhatian diraikan melalui program tersebut.


Pengarang :