Kakitangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memantau paras air di kolam Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (Horas) 600 dari bilik kawalan pada 23 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSISELANGOR

Air Selangor: Bekalan air di lima wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 1 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di lima wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat sudah pulih sepenuhnya.

Menurut Air Selangor, bekalan air di kesemua 463 kawasan di lima wilayah berkenaan sebelum ini terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih susulan pencemaran bau di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir jam 12.15 tengah hari semalam.

“Air Selangor ingin memaklumkan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat sudah pulih sepenuhnya pada jam 3 petang tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata Air Selangor di Facebook.

 


Pengarang :