Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid bercakap ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Mohon pembiayaan semula jika terbeban kenaikan OPR

SHAH ALAM, 25 MEI: Individu yang terbeban dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinasihati membuat pembiayaan semula pinjaman masing-masing.

Ketua penganalisis ekonomi Bank Islam Malaysia berkata tindakan itu membolehkan peminjam mengubah kontrak perjanjian kepada dasar tetap.

“Jika kita rasa terbeban dengan bayaran baharu (selepas kenaikan OPR), buat pinjaman semula untuk ubah kadar terbabit.

“Bagaimanapun, jika OPR menurun, bayaran berkenaan tidak akan berubah. Peminjam ada pilihan tetapi nak ingatkan kenaikan OPR ini tidak kerap,” kata Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau bercakap dalam program Bual Bicara: Kesan Kenaikan OPR yang disiar di YouTube SelangorTV dan Facebook Media Selangor malam tadi.

Pada 11 Mei, Bank Negara Malaysia memutuskan kenaikan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus memaklumkan keputusan itu bagi menghindarkan akomodatif yang berlebihan dalam dasar monetari.


Pengarang :