Orang ramai menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka Selangor jelajah sembilan daerah mulai 15 Mei

SHAH ALAM, 13 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri akan menjelajah ke sembilan daerah dalam tempoh seminggu bermula Ahad ini di Hulu Selangor.

Program selama tiga jam yang berlangsung pada sebelah petang atau malam sehingga 21 Mei ini turut diserikan dengan acara sumbangan duit raya dan persembahan seni.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan hadirin setelah dua tahun majlis rumah terbuka dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
-Tapak Pasar Ramadhan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 -7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

 


Pengarang :