Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Segalanya di hujung jari, semak status bantuan zakat dalam talian

SHAH ALAM, 10 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan platform dalam talian bagi memudahkan orang ramai menyemak status permohonan dan rekod bayaran zakat.

Menurut agensi itu di Facebook, sistem Elektronik Zakat Online (EZO) yang dibangunkan juga membolehkan orang ramai melunaskan bayaran pelbagai jenis zakat.

“Berulang kali pergi ke cawangan Zakat Selangor hanya untuk mengetahui status permohonan zakat anda? Kini, segalanya dipermudahkan. Pelbagai urusan mampu diselesaikan di hujung jari,” katanya.

Sebelum ini, LZS menggalakkan pengeluar zakat untuk terus menggunakan kaedah pembayaran zakat secara dalam talian dan menerusi aplikasi milik agensi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini yakin kaedah itu terus menjadi pilihan ramai berdasarkan trend peningkatan penggunaannya sejak dua tahun lalu akibat pandemik.


Pengarang :