Seorang pelajar Ahmad Iman Zulkifli menunjukkan simbol pangkah bermaksud ‘tidak’ kepada buli selepas pelancaran Kempen Anti Buli Sekolah-Sekolah Berasrama Peringkat Negeri Pahang pada 28 Februari 2018. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sorok kes demi jaga imej sekolah antara punca buli berleluasa

SHAH ALAM, 19 MEI: Tindakan pengurusan sekolah menyembunyikan kes buli melibatkan pelajar demi menjaga nama baik institusi itu antara punca gejala berkenaan berleluasa hingga kini.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia menegaskan isu itu tidak boleh dipandang ringan dan guru perlu  mempunyai kesedaran tinggi untuk membendungnya, lapor Sinar Harian.

“Isu buli berlaku luar daripada yang kita nampak, maksudnya ia berlaku secara tersembunyi. Jadi, atas sebab itulah pentingnya kesedaran tinggi. Pengetua kena selalu ingatkan atau sedarkan warga sekolah bahawa buli ini sesuatu yang serius dan besar, bukan lagi isu kecil.

“Malangnya, apa yang berlaku, kita lihat pihak sekolah lebih kepada usaha untuk menyembunyikan isu buli ini kerana pelbagai faktor, antaranya ingin menjaga imej sekolah, sedangkan perkara ini tidak sewajarnya berlaku,” kata Dr Anuar Ahmad.

Tegasnya, pengurusan sekolah juga perlu mempunyai tatacara operasi piawai (SOP) jelas dalam menangani gejala tersebut jika ada pelajar melaporkan menjadi mangsa.

“Kita kena jadikan sekolah atau asrama sebagai tempat selamat untuk pelajar belajar kerana kalau tiada tindakan agresif, budaya ini akan terus membelenggu generasi akan datang,” katanya lagi.


Pengarang :