Kemeriahan suasana penerima dalam Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-23 di Pusat Konvensyen KUIS, Kajang pada 1 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Konvokesyen Kuis secara bersemuka Ogos depan selepas pandemik

SHAH ALAM, 8 JUN: Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) kali ke-25 akan berlangsung secara bersemuka buat pertama kali selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Rektornya Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata majlis pada 14 hingga 18 Ogos depan membenarkan kehadiran ibu bapa atau dua orang wakil pelajar terlibat.

“Kuis masih mengambil langkah proaktif dengan memastikan pelaksanaan majlis ini mematuhi sepenuhnya tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan graduan,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau majlis itu menyaksikan seramai 1,861 orang graduan dan 23 daripadanya merupakan graduan antarabangsa dilahirkan dari kolej universiti berkenaan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan graduan dari 1998 hingga 2022 ialah seramai 27,337 orang. Istimewanya, majlis konvokesyen kali ini adalah simbolik sambutan Jubli Perak 25 tahun penganjuran Majlis Konvokesyen Kuis,” katanya.

Para graduan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai majlis konvokesyen Kuis ini menerusi portal http://e-konvo http://ekonvo.kuis.edu.my atau layari laman http://sesawang www.kuis.edu.my.


Pengarang :