BUDAYARENCANA

Menulis bukan kerana nama

tukarkan sajakku dengan duit
o margasastra.

aku tak mahu pujian.
ia hanya kata-kata
berlumur hipokrasi.
rm50 per sajak
boleh bayar beras
dan setin enfalac
atau labur kripto.
aku menulis kerana duit
yang jelmakan materi
sebagai bahagia.
seni bukan kerja amal
tanpa imbal.
setiap di dunia
berbahasa ringgit.
dalam skrol sejarah
tiada yang kenyang
menelan kata-kata.

ada sajak tersiar tahun lalu
dikongsi diulang ciap berkali-kali
tapi mana perginya rm50ku,
o margasastra?

aku mahu kenyang
dengan sajak sendiri.

[“kata-kata indah adalah makanan jiwa.”
terdengar suara gergasi dari suatu ruang.
di kotaloka ini, entah siapa yang kisah.]

 

A’riff Mustaffa Hamzah


Pengarang :