Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Mohd Hasry Nor Mohd (lima, kanan) bersama penerima Geran Khas Komuniti Mampan pada majlis minum petang pada 15 Jun 2022. Foto MPHS
PBTSELANGOR

MPHS buka permohonan geran khas untuk program alam sekitar fasa dua

SHAH ALAM, 27 JUN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) membuka permohonan Geran Khas Komuniti Mampan 2022 fasa dua dengan peruntukan RM50,000.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan fasa dua berkenaan dibuka berikutan sambutan menggalakkan sebelum ini dengan peruntukan RM100,000 telah diberi pada 21 penerima pada 15 Jun lalu.

“MPHS mengalu-alukan warga Hulu Selangor untuk mengemukakan kertas cadangan program atau projek yang berteraskan bidang keutamaan iaitu teknologi hijau dan alam sekitar.

“Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan https://bit.ly/GERANMAMPANFASA2 atau melalui laman sesawang www.mphs.gov.my ,”kata PBT itu di Facebook.

MPHS memaklumkan permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 15 Julai depan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak urusetia menerusi WhatsApp di talian 019-6346327.

Sebelum ini MPHS memperkenalkan geran khas dengan peruntukan RM100,000 bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penjagaan alam sekitar.

Yang Dipertuanya Mohd Hasry Nor Mohd berkata Geran Khas Komuniti Mampan itu adalah permulaan kepada program hijau dan mampan anjuran masyarakat setempat.

 


Pengarang :