Sesi pembelajaran dijalankan pusat Anak Istimewa Selangor (Anis) untuk membantu kanak-kanak terlibat meningkatkan kemahiran diri dan boleh berdikari. Foto Facebook Anis
AGENSISELANGOR

Pusat anak istimewa kembang perkhidmatan kepada prasekolah

SHAH ALAM, 8 JUN: Pusat Anak Istimewa Selangor (Anis) kini mengembangkan perkhidmatan kepada program prasekolah bagi kanak-kanak istimewa berusia lima hingga enam tahun.

Agensi itu memaklumkan pihaknya melalui Iltizam Anak Istimewa Selangor telah membuka pendaftaran bagi program berkenaan untuk sepanjang tahun.

“Prasekolah Anis menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas seiring dengan perkembangan mereka.

“Program ini menyasarkan objektif agar semua anak-anak dapat memasuki sekolah aliran perdana ataupun program inklusif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya menerusi Facebook.

Katanya program itu terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran dan boleh mendaftar di pautan www.anisselangor.com/prasekolahanis .

Bagi anak istimewa berusia dua hingga empat tahun boleh mendaftar bagi program intervensi di www.anisselangor.com/intervensianis .

Sebarang pertanyaan hubungi Pusat Anis di talian 03-55453170.

Pada 21 April, EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan seramai 692 anak istimewa dibantu Kerajaan Negeri menerusi peruntukan RM1.3 juta bagi tahun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri akan meneruskan program Bantuan Khas Anis dan Didik Anis pada tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta.

 


Pengarang :