Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Pemukiman Sasterawan Dan Karyawan sempena sambutan 50 tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada 14 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB pelawa rakyat Selangor kongsi pandangan untuk Belanjawan 2023

SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar mempelawa rakyat negeri ini berkongsi pandangan dengan menyertai kaji selidik bagi merangka Belanjawan 2023.

“Kerajaan Negeri sedang memuktamadkan perancangan Belanjawan Selangor 2023. Pandangan serta buah fikiran dari seluruh rakyat Selangor amat dihargai bagi memastikan belanjawan ini bersifat inklusif.

“Sertai kaji selidik dengan mengimbas kod QR yg tertera di poster,” kata Amirudin Shari menerusi Twitter.

Penyediaan Belanjawan 2023 oleh Kerajaan Negeri adalah sama seperti mana belanjawan tahun ini dan sebelumnya yang mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan dan orang awam.

Perkongsian idea tersebut bagi memastikan belanjawan dirangka mampu memberi nilai tambah terhadap pembangunan yang memanfaatkan rakyat negeri ini.


Pengarang :