Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tiga, kanan) bergambar dengan penduduk Pangsapuri Taman Bidara, Selayang berlatarkan sistem lampu solar pada 2 Julai 2022. Foto NORZILAWATI SIDEK/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI sedia teliti permohonan bantuan pasang lampu solar

OLEH NORZILAWATI SIDEK

SELAYANG, 3 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan meneliti permohonan bagi pemasangan sistem solar khususnya di pangsapuri kos rendah dan taman permainan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya sedia menerima permohonan sekiranya ada keperluan untuk kemudahan tersebut.

“Ini kali pertama kita mendapat permohonan pemasangan lampu solar, Insya-Allah tiada masalah untuk dapat kelulusan.

“Kita guna teknologi solar yang nyata lebih mesra alam dan menjimatkan terutama melibatkan kos bil elektrik,” katanya pada Majlis Perasmian Sistem Lampu Solar Pangsapuri Taman Bidara, di sini semalam.

Tambah beliau, setakat ini MBI banyak menerima permohonan bantuan membaiki pam air bagi kediaman bertingkat.

Terdahulu, Ahmad Azri merasmikan penggunaan sistem lampu solar di pangsapuri tersebut yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

Beliau berkata projek dengan peruntukan RM36,800 itu julung kali dibuat MBI di kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan lampu pada waktu malam.


Pengarang :