Pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan pemeriksaan bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di taman perumahan sekitar Klang. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK: Kongsi gambar, video pihak buang sampah haram di media sosial

SHAH ALAM, 18 JULAI: Langkah menyiarkan gambar dan video pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram di daerah Klang bakal dilaksanakan sebagai peringatan serta pengajaran kepada orang ramai.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) Norfiza Mahfiz berkata pihaknya tidak teragak-agak berkongsi gambar dan video di media sosial supaya orang ramai tidak membuang sampah sesuka hati.

“MPK sedaya upaya menimbulkan kesedaran masyarakat dan kali ini agak agesif iaitu menggunakan media sosial untuk menyiarkan perilaku individu pengotor dan tiada kesedaran sivik,” lapor Sinar Harian.

Oleh itu, katanya orang ramai boleh membantu MPK dengan menghantar video atau gambar dalam talian yang disediakan untuk disiarkan kepada umum.

“Sokongan dan kerjasama masyarakat amat diharapkan dalam memastikan isu yang menjejaskan Klang ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin terutama dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing,” kata beliau.


Pengarang :