Keadaan sebuah jalan yang dijalankan kerja korekan di Jenjarom tanpa mendapat permit daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pada 24 Julai 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Pemaju dilarang korek jalan tanpa permit, buat binaan hujung minggu

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pemaju atau kontraktor dilarang menjalankan kerja mengorek jalan tanpa permit dan membina bangunan ketika cuti hujung minggu.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan pihak berbuat demikian diberi notis memberhentikan operasi di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Bagi kesalahan mengorek jalan, pemaju di Jenjarom diarah mencuci, membersih dan mengembalikan keseluruhan jalan yang terlibat seperti keadaan asal serta-merta.

Manakala kerja pembinaan, kontraktor di Telok Panglima Garang diarah memberhentikan kerja operasi serta-merta selain mendapatkan kelulusan MPKL terlebih dahulu.

“Menjadi satu kesalahan melakukan korekan jalan tanpa permohonan dan kelulusan permit dari MPKL,” tulisnya di Facebook.

Kontraktor terbabit masing-masing boleh didenda tidak melebihi RM10,000 di bawah Seksyen 121(1) dan Seksyen 47(1)(e) serta 70A (1) Akta 133.


Pengarang :