Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) membantu wanita memulakan perniagaan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan. Foto Facebook Hijrah Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peraduan cipta logo, nama platform beli-belah Hijrah Selangor tawar hadiah RM2,500

SHAH ALAM, 18 JULAI: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) mempelawa individu berminat untuk menyertai peraduan mencipta logo dan nama bagi platform beli-belah agensi itu.

Menurut Hijrah Selangor pemenang berpeluang meraih wang tunai RM2,500 iaitu RM1,000 masing-masing bagi kategori logo terbaik dan nama terbaik, kategori pilihan netizen (RM200) dan enam hadiah saguhati bernilai RM50.

“Rebut peluang untuk memenangi wang tunai RM1,000 dalam peraduan cipta nama dan logo untuk platform marketplace Hijrah Selangor. Tarikh penyertaan adalah dari 18 sehingga 31 Julai 2022.

“Tunggu apa lagi? Serlahkan kreativiti anda dengan kami. Hantarkan penyertaan anda sekarang,” katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui https://forms.gle/gYGJAyt6zrbP22Yk6.

Antara syarat penyertaan adalah terbuka kepada warganegara, boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan nama serta logo yang terpilih akan digunapakai serta menjadi hak milik Hijrah Selangor.

Maklumat lanjut boleh hubungi 019 3859954 bagi sebarang pertanyaan.


Pengarang :