Pengunjung menjalani pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan kesihatan percuma bagi warga Sungai Tua, Gombak Setia esok

SHAH ALAM, 30 JULAI: Program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring akan diadakan di Padang Awam Batu Caves esok untuk warga Sungai Tua dan Gombak Setia.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu bertujuan mengesan tiga kategori penyakit iaitu penyakit tidak berjangkit, kanser dan mata.

“Saringan kesihatan percuma minggu ini untuk warga Sungai Tua dan Gombak Setia. Mohon menyertai Selangor Saring melalui aplikasi SELangkah,” katanya di Facebook.

Menurut Amirudin saringan kesihatan itu akan diadakan bersempena Jelajah Selangor Penyayang.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui http://selangorsaring.selangkah.my atau hubungi talian Selcare 1-800-22-6600.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khususnya individu yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :