Orang ramai membuat persiapan bagi menyambut hari raya ketika tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada 10 April 2022. Mereka disarankan sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kembali turun paras 3,000, catat enam kematian

SHAH ALAM, 20 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 kembali turun kepada 3,490 berbanding 4,071 kes dilaporkan semalam.

Menurut data di https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,714,470 kes dengan 42,767 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 41,212 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,454 kes menerima rawatan di hospital, 75 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 62.5 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 21.7 peratus.

Semalam, sebanyak 6 kematian dilaporkan tanpa kes kematian di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,130 kes.


Pengarang :