Pusat Kitar Semula Cyberjaya di Persiaran Rimba Permai, Cyberjaya. Foto Facebook MPSepang
PBTSELANGOR

MPSepang buka semula Pusat Kitar Semula Cyberjaya

SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) membuka semula Pusat Kitar Semula Cyberjaya yang terletak di Persiaran Rimba Permai bermula 1 Ogos lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata waktu operasi premis berkenaan ialah pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Sabtu.

Berdasarkan info di Facebook, pusat tersebut menerima barangan terpakai termasuk sisa elektronik (e-waste) dengan harga tertentu yang ditetapkan.

Senarai harga barangan seperti tertera:


Pengarang :