AGENDANASIONAL

Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat sehingga 3 pagi

SHAH ALAM, 25 OGOS: Seluruh daerah di Selangor diramal mengalami cuaca ribut petir dan hujan lebat sehingga 3 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Cuaca buruk itu juga diramal berlaku di Melaka, Johor, Perlis, Perak, Pahang dan Kedah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :