Seramai 40 peserta termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek mengikuti program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Bangunan Darul Ehsan pada 13 September 2022. Foto MBI Selangor
AGENDANASIONAL

40 pegawai agensi negeri sertai program integriti kelolaan MBI

SHAH ALAM, 13 SEPT: Seramai 40 peserta dari kalangan pegawai agensi Kerajaan Negeri menyertai program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kelolaan Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Bangunan Darul Ehsan di sini.

MBI berkata kursus anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula semalam sehingga 6 Oktober depan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek pencegahan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan selain memupuk budaya kerja berintegriti.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek (kanan) dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei antara 40 pegawai agensi Kerajaan Negeri yang menyertai program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Bangunan Darul Ehsan pada 13 September 2022. Foto MBI Selangor

Kursus berkenaan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei.

Sebelum ini, Norita memaklumkan MBI diberi kepercayaan oleh SPRM untuk menganjurkan program CeIO kepada individu serta kumpulan yang bekerja di negeri ini.

“Sebelum ini kursus ini dianjurkan sendiri oleh SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan mereka yang berminat mengikuti kursus ini perlu menunggu lama kerana ia melibatkan pendaftaran dan terhad.

“Jadi apabila MBI diberi kepercayaan menganjurkan kursus ini, proses itu dapat dipercepatkan. Kita hanya anjur dengan sediakan tempat dan kemudahan. Dari segi latihan dan kursus masih dijalankan oleh SPRM,” katanya.


Pengarang :