Gambar hiasan perbicaraan di mahkamah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

DJ kenduri kahwin didakwa rogol anak tiri berusia 13 tahun

SHAH ALAM, 29 SEPT: Seorang DJ kenduri kahwin didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas pertuduhan merogol anak tiri berusia 13 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, 39, yang diwakili peguam mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak tiri perempuannya dalam sebuah bilik di rumah mereka di Yan pada 11 malam, 14 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan jika bersalah.

Terdahulu, peguam Nur Izzatul Amirah memohon mahkamah membenarkan tertuduh yang mempunyai dua isteri diikat jamin dengan menawarkan syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh tidak mendekati atau mengganggu mangsa.


Pengarang :