Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyaksikan majlis menandatangani dokumen ikrar bebas rasuah oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek (kanan) dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor Dato’ Alias Salim (kiri) sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Individu berpengaruh dihukum, peringatan jangan salah guna kuasa

SHAH ALAM, 1 SEPT: Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah rasuah melibatkan individu berpengaruh adalah peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan kuasa .

Dato’ Menteri Besar berkata penghakiman tersebut menunjukkan tidak kira setinggi mana pun kedudukan, individu yang mengamalkan budaya salah akhirnya menerima padah.

“Jangan kita anggap perbuatan rasuah ini tidak apa asalkan jangan melampau. Namun begitu hari ini kita lihat kejatuhan sebuah kerajaan telah dipandukan kepada satu kes yang dirujuk salah guna kuasa.

“Baru-baru ini mahkamah membuat keputusan melibatkan kes yang begitu besar dan hari ini satu lagi kes dengan denda dan penjara yang lebih lama kepada mereka yang didapati bersalah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Buku Panduan Integriti sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah Rakan Perniagaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Amirudin berkata sesiapa sahaja yang berada di dalam kerajaan atau pun syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan pastinya sentiasa diperhatikan dan jangan sesekali melakukan perbuatan yang dilarang.

“Kita perlu sentiasa ingat yang kita ini seperti berurusan di dalam rumah kaca di mana depan, atas, belakang dan bawah ada orang lihat dan teliti segala perbuatan kita,” katanya.

Kakitangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan rakan perniagaan melafazkan ikrar sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :