Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis makan malam Cabang Selayang di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk, Rawang pada 24 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Negeri belanja RM12 juta untuk subsidi jualan murah PKPS

GOMBAK, 25 SEPT: Selangor membelanjakan RM12 juta untuk subsidi barangan keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) bagi meringankan beban rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata setakat minggu lalu, sejumlah RM880,000 penjimatan dinikmati penduduk yang membeli pelbagai produk dibawakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Kerajaan Negeri keluarkan RM12 juta untuk program ini (JER) yang akan pergi ke 717 lokasi seluruh negeri. Orang ramai boleh beli ayam dengan harga RM10 seekor berbanding di luar RM20.

“Begitu juga telur, gula, tepung, beras dan minyak masak boleh diperoleh dengan harga jauh lebih murah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Selayang malam tadi.

Program JER yang dilancar pada 30 Ogos lalu menawarkan barangan makanan asas pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Enam produk utama ialah ayam yang dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 per pek), beras lima kilogram (RM10 per pek) dan minyak masak lima kg (RM25 sebotol).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :