Notis penutupan aktiviti rekreasi sepanjang pantai di daerah Kuala Langat berikutan fenomena air pasang besar digantung di pintu masuk Pantai Morib, Kuala Langat pada 4 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Air pasang besar: Kawasan pantai Kuala Langat ditutup esok hingga Jumaat

SHAH ALAM, 24 OKT: Kawasan Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang, Pantai Baru Morib dan Jeti Tanjung Sepat ditutup esok hingga Jumaat ini berikutan fenomena air pasang besar.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan pantai sepanjang tempoh berkenaan atas faktor keselamatan.

Sebarang aktiviti air dan rekreasi serta berniaga di pantai juga tidak dibenarkan.

“Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat diharapkan bagi menjamin keselamatan bersama,” menurut MPKL di Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi MPKL melalui talian 03-31872825 atau melalui aplikasi whatsapp 012-3004891 / 012-3004256.


Pengarang :