Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Sepang sumbang hasil kutipan paling besar kepada ekonomi negeri

SEPANG, 30 OKT: Pertumbuhan ekonomi pesat di Sepang menjadi antara penyumbang kepada kutipan hasil negeri yang mencecah RM2.18 bilion ketika ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pencapaian membanggakan itu dapat dicatat dua bulan lebih awal daripada tempoh sasaran tahunan sebanyak RM2.05 bilion.

“Tahniah kepada penjawat awam yang bersama-sama membantu negeri catat hasil luas biasa. Kita sasar RM2.05 bilion tetapi hari ini catat RM2.18 bilion.

“Hasil kutipan di Sepang paling besar, baik dengan jumlah tinggi. Hampir catat 800 peratus daripada sasaran ditetapkan dan ini disebabkan infrastruktur dan kemudahan sedia ada,” katanya berucap merasmikan Jelajah Selangor Penyayang (JSP) daerah ini hari ini.

Mengulas lanjut Amirudin berkata pembukaan semula ekonomi selepas penularan Covid-19 dan kejadian bencana juga membantu kutipan hasil meningkat berterusan.

“Maknanya, pemaju dan pelabur sambung kembali usaha pembangunan. Masa pandemik, bencana mereka terpaksa tangguhkan perbelanjaan menyebabkan kutipan premium dan cukai tanah terhenti.

“Bila ekonomi dibuka, kita galakkan pembangunan baharu dan pelaburan berjalan lancar. Secara tidak langsung beri peluang ekonomi dan perniagaan kepada penduduk,” katanya.


Pengarang :