Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar bercakap kepada media sempena majlis perasmian Karnival Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah, Puchong pada 8 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ laksana program bantu golongan kurang mampu

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SUBANG JAYA, 27 OKT: Komuniti kurang berkemampuan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terus disantuni melalui pelbagai program anjuran pihak berkuasa tempatan itu.

Datuk Bandar MBSJ Datuk Johary Anuar berkata antaranya menerusi Program Bantuan Kesihatan Peka B40 dan Program Ziarah Kasih MBSJ yang bakal dilaksanakan sepanjang November ini.

“Program Bantuan Kesihatan Peka B40 dilaksanakan mengikut 24 zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) ke arah meningkatkan kesedaran kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala kepada golongan ini.

“Inisiatif MBSJ bersama Klinik Siti Healthcare itu akan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang di Dewan Serbaguna USJ 7 MBSJ (12 November) dan di Dewan Serbaguna Seri Serdang MBSJ serta Dewan Serbaguna Seri Kembangan MBSJ (26 November),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Mesyuarat Penuh MBSJ Bil. 10/2022 di sini, hari ini.

Menurut beliau, program Ziarah Kasih MBSJ pula adalah inisiatif bagi mengatasi isu kemiskinan dan meringankan beban golongan memerlukan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama MPP.

“Sumbangan wang tunai RM200 atau barangan keperluan asas dengan nilaian tersebut akan diberikan kepada 15 penerima kurang berkemampuan di setiap 24 MPP,” katanya.

 


Pengarang :