Anggota Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat membuat persiapan bagi menghadapi Monsun Timur Laut dan fenomena air besar ketika Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 28 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri anjur simulasi bencana, pastikan pengurusan banjir lebih efektif

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Selangor menganjurkan Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor minggu lalu sebagai persediaan menghadapi banjir hujung tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program itu bagi memastikan pengurusan komunikasi lebih tersusun dan efektif ketika berdepan bencana.

“Sebagai salah satu langkah persediaan menghadapi bencana banjir, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan proaktif dengan mengadakan program latih amal dan simulasi bencana yang berlangsung selama 2 hari.

“Semua agensi pusat, negeri dan daerah berkaitan telah dijemput hadir. Matlamat utama adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pada 28 September, sebanyak 67 agensi membabitkan 343 peserta terlibat program berkenaan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata inisiatif itu bertujuan memastikan semua agensi bersiap sedia dari aspek perkhidmatan, peralatan dan aset bagi menghadapi apa jua bencana.

Menurut Muhamad Shah Osmin, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor juga bersiap sedia dengan menempatkan 15,972 anggota pelbagai agensi di seluruh negeri.


Pengarang :