Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Trak jualan murah barangan asas singgah ke Klang, Gombak Setia esok

SHAH ALAM, 21 OKT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan Jelajah Ehsan Rakyat ke sembilan lokasi esok bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program jualan murah barang keperluan asas itu diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klang, Sungai Tua, Gombak Setia, Sentosa, Paya Jaras, Batu Tiga, Morib, Tanjong Sepat dan Sungai Pelek.

Bagi memenuhi permintaan orang ramai, PKPS dengan lori jualan akan ke lokasi menawarkan barangan dapur seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :