Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa menziarah Mohd Akram Noor Mohamed, 68, yang kaki kanannya dipotong akibat kencing manis dan isterinya, Latifah Shukor,60, pula menghidap masalah buah pinggag ketika Program Ziarah Kasih di Kampung Fajar, Gombak pada 6 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amirudin ziarah pesakit, dengar masalah penduduk Kampung Fajar

GOMBAK, 6 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari menziarah beberapa pesakit kritikal dan bertemu dengan masyarakat di Kampung Fajar dekat sini hari ini.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak meluangkan masa hampir 30 minit untuk mendengar masalah setempat seperti isu perparitan.

Beliau turut singgah di rumah Mohd Akram Noor Mohamed,68, yang kaki kanannya dipotong akibat kencing manis manakala isterinya, Latifah Shukor,60, pula menghidap masalah buah pinggang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau keadaan parit yang selalu mengakibatkan masalah banjir di Kampung Fajar, Gombak pada 6 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Amirudin berkata beliau akan membantu dengan menyediakan alat sokongan untuk membolehkan mereka meneruskan perusahaan ternakan ikan air tawar dijalankan anak pasangan itu secara kecil-kecilan.

“Pasukan saya akan buat lawatan susulan untuk melihat lebih lanjut keperluan mereka.

“Kita mahu membantu mereka supaya dapat mencari rezeki seperti sebelum ini,” kata Dato’ Menteri Besar.

Dalam lawatan itu, Amirudin juga menyantuni pesara swasta Syed Azhar Syed Harun,59, yang menghadapi masalah paru-paru.


Pengarang :