Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa bersarapan di sebuah restoran mamak dekat Taman Melawati. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB santuni penduduk Hulu Kelang, tinjau operasi medan selera

HULU KELANG, 6 NOV: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa menyantuni penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang sempena kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak
memulakan kempen jam 9 pagi dengan bersarapan di sebuah restoran mamak dekat Taman Melawati.

Beliau kemudian meninjau operasi medan selera yang terletak kurang 150 meter dari restoran terbabit.

Rata-rata pengunjung terkejut melihat kehadiran pemimpin negeri itu yang tidak lekang dengan senyuman sewaktu menyapa dan bertanya khabar mereka.

Calon Pakatan Harpaan (HARAPAN), Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi walk about di sekitar Medan Selera, Melawati sempena walk about kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) P098. 6 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN /SELANGORKINI

Tidak kurang juga, ada antara mereka mengambil peluang berswafoto bersama beliau.

Dalam lawatan kira-kira 10 minit itu, Amirudin sempat membantu peniaga memasak roti canai untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Beliau dijadual mengadakan ziarah kasih di Kampung Fajar dan Flat Al Reduan serta menghadiri Karnival Mini Tamiya 4 Wheel di Dewan AU5D anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).


Pengarang :