Calon HARAPAN Parlimen Kuala Langat Manivanan Gowin. Foto Facebook Manivanan Gowin
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN bertembung lawan dalam kempen di Kuala Langat

KUALA LANGAT, 6 NOV: Kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Langat penuh harmoni meski bertembung calon Barisan Nasional (BN).

G Manivanan kelihatan tidak kekok bertembung M Mohana dalam upacara pecah tanah bagi membina tokong di Tokong Pak Mak Law See Kona, Pantai Morib.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyambut mesra calon dari MIC itu sebelum kedua-duanya bersalaman.

“Saya tidak boleh meminta Mohana undi saya kerana beliau bukan pengundi sini,” kata Manivanan dalam nada seloroh.

Calon HARAPAN Parlimen Kuala Langat G Manivanan (baju putih) bersalaman dengan calon BN M Mohana dalam upacara pecah tanah membina tokong Tokong Pak Mak Law See Kona, Pantai Morib pada 6 November 2022. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

Terdahulu, beliau ke program gempur denggi di Taman Rambai Indah dan bertemu Persatuan Yang di Kampung Baru Sungai Jarom, Jenjarom.

Manivanan memaklumkan beliau menerima maklum balas baik daripada semua golongan termasuk belia biarpun kempen baru bermula.

“Namun, perhatian perlu diberi khusus kepada golongan belia kerana masih ada segelintir mereka menunjukkan kurang berminat untuk turun mengundi,” katanya yang berdepan saingan enam penjuru di kerusi itu.

Selain Mohana, Manivaran berdepan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dari Perikatan Nasional, Mohd Ridzuan Abdullah (Pejuang), Ganeskumar (Parti Rakyat Malaysia) dan Zanariah Jumhuri (Bebas).


Pengarang :