Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu ketika berkempen di Jenderam Hilir, Sepang pada 9 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon perjuang nasib wanita, kanak-kanak cicir pelajaran

SEPANG, 9 NOV: Membela nasib wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan anak-anak tercicir pelajaran antara tumpuan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Parlimen Sepang.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Calon gabungan itu Aiman Athirah Sabu memaklumkan usaha tersebut akan diperinci jika diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

“Hanya wanita yang memahami keperluan wanita dan jika bukan saya yang lakukan siapa lagi? Saya akan umum inisiatif untuk wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang susah mendapat bantuan.

“Tidak lupa dan anak-anak miskin yang pelajarannya terkandas dalam peperiksaan akibat tidak mampu membayar yuran,” katanya ditemui selepas lawatan berjalan kaki di beberapa lokasi di sini hari ini.

Aiman Athirah yang mempertahan kerusi dimenangi HARAPAN sejak 2013 dicabar bekas Menteri Pmbangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu beramah mesra bersama golongan muda ketika berkempen di Jenderam Hilir, Sepang pada 9 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :