Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Ampang Rodziah Ismail beramah mesra sambil mengedarkan risalah kempen kepada pengunjung pasar malam Taman Dagang pada 9 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Cemerlang di DUN Batu Tiga, Rodziah mahu tabur khidmat di Ampang

AMPANG, 10 NOV: Tiga penggal mempamerkan prestasi cemerlang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga mendorong Rodziah Ismail meneruskan khidmatnya di Parlimen Ampang.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat percaya kemampuannya untuk menabur khidmat di sini, selepas penyandang meninggalkan parti tersebut.

“Saya bukan orang yang diberi amanah tetapi tidak berfungsi. Saya begitu hargai apa pandangan pihak parti supaya kali ini berkhidmat kepada warga Ampang.

“Lebih-lebih lagi mereka (pengundi) yang teraniaya dengan lompatnya wakil rakyat itu ke tempat lain,” katanya mengulas dakwaan gagal di Batu Tiga menyebabkannya ‘lari’ bertanding ke Ampang.

Rodziah yang ditemui selepas menyantuni pengundi Ampang Campuran dekat sini semalam mengakui tugas sebagai ahli parlimen tidak mudah, namun bersedia memberikan yang terbaik.

“Kalau saya gagal di Batu Tiga, tidaklah saya tiga penggal (menang kerusi). Patut beritahu mereka itu (pengkhianat) yang sebenarnya gagal, bukan saya,” katanya lagi.

Rodziah berdepan bekas menteri Datuk Zuraida Kamaruddin yang mempertahankan kerusi disandang mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam saingan sembilan penjuru.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Ampang Rodziah Ismail beramah mesra sambil mengedarkan risalah kempen kepada pengunjung pasar malam Taman Dagang pada 9 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :