Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Klang pada 10 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Empat pusat pemindahan sementara dibuka di Selangor

SHAH ALAM, 12 NOV: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Klang, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan PPS di Selangor setakat jam 10.15 malam tadi adalah empat.

PPS di Klang membabitkan Sekolah Kebangsaan Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Sekolah Rendah Agama Pekan Meru. Manakala, Masjid Al-Falah Kampung Budiman di Shah Alam.

Jumlah semua mangsa yang ditempatkan di empat PPS berkenaan adalah seramai 817  membabitkan 192 keluarga dengan PPS Sungai Binjai menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 638 orang.

PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia mempunyai 147 orang mangsa banjir dan di Masjid Al Falah Kampung Budiman pula ada 32 orang.

Sementara itu, mangsa banjir yang dipindahkan di Pulau Pinang, Kelantan dan Johor masing-masing 70, 58 dan 57 orang.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan jam 3 petang tadi menyenarai beberapa tempat di Petaling dan Klang berisiko banjir kilat jika hujan lebat berterusan.

Di Petaling, kawasan itu ialah TTDI Jaya, Seksyen 13, Shah Alam; Lebuhraya Besraya, Jabatan Pertanian Serdang, Sri Kembangan dan kawasan sekitar.

Di Klang pula, Kampung Delek, Taman Petaling, Taman Saujana, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, Pandamaran dan kawasan sekitar.


Pengarang :