Calon Pakatan Harapan Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk ketika kenduri rakyat di Kampung Changkat Kiri, Gombak pada 11 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Laungan ‘hidup nombor dua’ bergema di Kampung Changkat Kiri

GOMBAK, 11 NOV: Laungan ‘hidup nombor dua’ tanda sokongan kepada Dato’ Seri Amirudin Shari bergema pada majlis kenduri rakyat di Kampung Changkat Kiri di sini, malam tadi.

Nombor dua merujuk kepada kedudukan Amirudin dalam kertas undi berdepan empat pencabar di Parlimen Gombak yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kira-kira 500 penduduk turut melaungkan ‘kita boleh’, ‘Gombak bermaruah’ dan ‘reformasi’ iaitu simbolik menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketibaan Amirudin disambut meriah penduduk kampung yang majoritinya dari suku kaum Minangkabau.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu turut menarik perhatian penduduk dengan menggunakan dialek Minangkabau dalam sebahagian ucapannya.

“Berat sepikul ringan sejinjiing, bersatu teguh bercerai runtuh,” kata Dato’ Menteri Besar yang memuji penduduk yang mengekalkan tradisi gotong royong untuk menjayakan program itu.

Amirudin mencabar penyandang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin Barisan Nasional (Barisan Nasional).

Dua lagi calon ialah Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas Zulkifli Ahmad.

Penyokong bersorak ketika calon Pakatan Harapan Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam kenduri rakyat di Kampung Changkat Kiri, Gombak pada 11 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :