Suasana di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Binjai Meru, Klang ketika tinjauan berkenaan bencana banjir di sekitar Klang pada 11 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hampir 400 masih di PPS Selangor, lebih 2,600 dipindah seluruh negara

SHAH ALAM, 13 NOV: Seramai 395 mangsa banjir daripada 95 keluarga di Selangor ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4.28 petang.

Menerusi kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, mangsa terdiri daripada 261 dewasa termasuk lapan warga emas, 124 kanak-kanak dan 18 bayi.

PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dengan 260 mangsa, SK Sungai Sireh (12), Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (43), Dewan Orang Ramai Seri Harmoni (18), Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chih Batang Berjuntai (60) dan Dewan Orang Ramai Kampung Johan Setia (36).

Keseluruhan seramai 2,651 mengsa banjir terjejas di enam negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa, orang ramai boleh merujuk portal Info Bencana JKM di sini: infobencanajkmv2.jkm.gov.my


Pengarang :